Daerah Pentadbiran JPS Beaufort
|
Daerah Pentadbiran JPS Beaufort terletak di sebelah Barat-Selatan
Negeri Sabah lebih kurang 80 km di Selatan Kota Kinabalu. Pejabat
Daerah Pentadbiran JPS Beaufort terletak di Pekan Beaufort dengan
pejabat-pejabat kecil di Pekan Sipitang dan Pekan Kuala Penyu. Luas
kawasan Daerah Pentadbiran JPS Beaufort adalah lebih kurang 4665.53
kmē. Kawasan Pentadbiran JPS Beaufort merangkumi tiga daerah utama
dan satu daerah kecil seperti berikut:-
Pejabat JPS Daerah Beaufort
|
Daerah Pentadbiran JPS Beaufort diketuai oleh
seorang
Jurutera Pengairan dan Saliran Kanan,
Gred J2. Beliau dibantu oleh 69 orang kakitangan yang lain.
Kerja-kerja utama di daerah adalah:-
-
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah
selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.
-
Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Pengairan dan Saliran
termasuk skim-skim pengairan kecil yang diusahakan oleh
petani-petani secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan
hasil keluaran padi mereka. Skim-skim Pengairan dan Saliran yang
terdapat di Daerah Beaufort adalah seperti berikut:-
Skim Pengairan
|
No. |
Nama Skim |
Luas Kawasan (Ha) |
Panjang Taliair (Km) |
Panjang Parit (Km) |
Panjang Jalan Ladang (Km) |
|
1 |
Membakut |
645
|
18.64
|
21.31
|
10.73
|
|
2 |
Sindumin |
500
|
22.85
|
18.1
|
1.88
|
|
3 |
Lingkungan |
33
|
2.28
|
0
|
0
|
| |
Jumlah |
1,178
|
43.77
|
39.41
|
12.61
|
Skim Saliran
|
No.
|
Nama Skim
|
Luas Kawasan
(Ha)
|
| 1 |
Skim Saliran Melabau, Beaufort |
3,439
|
| 2 |
Skim Saliran Lumat, Beaufort |
534
|
| 3 |
Skim Saliran Luagan, Beaufort |
202
|
| 4 |
Skim Saliran Suasa, Beaufort |
121
|
| 5 |
Skim Saliran Lumadan, Beaufort |
800
|
| 6 |
Skim Saliran Limbawang, Beaufort |
1,214
|
| 7 |
Skim Saliran Tidal Bund Bundu, Kuala Penyu |
125
|
| 8 |
Skim Saliran Kabulu |
430
|
| |
Jumlah |
6,865
|
-
Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang
melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder
dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa
tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh
Jabatan Kerja Raya.
-
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai.
Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS
yang penting. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih
sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang
menyekat aliran air sungai, mengorek sungai serta meluruskan
sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Beaufort memelihara
sebanyak 184 batang sungai sepanjang 442 km setiap tahun.
Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort
] [
Keningau
] [
Kota Belud
] [
Kota Marudu
] [
Kudat
] [
Papar
]
[
Penampang
] [
Ranau
] [
Sandakan
] [
Tambunan
] [
Tawau
] [
Tuaran
]
|