[ Daerah Pentadbiran Keningau ] Daerah Pentadbiran JPS Keningau

Daerah Keningau terletak di kawasan Pedalaman Negeri Sabah lebih kurang 150 km dari Bandar Kota Kinabalu. Daerah Pentadbiran JPS Keningau merangkumi 3 daerah utama dan satu daerah kecil iaitu Daerah Keningau, Daerah Tenom, Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Sook dengan jumlah keluasan lebih kurang 12,031 kmē. Pejabat utamanya terletak di Pekan Keningau yang dibina dalam tahun 1972 dan kini telah berpindah ke bangunan pejabat baru pada tahun 1993 dalam kawasan yang sama. Untuk menjamin pelaksanaan tugas-tugas berjalan dengan lebih efisien dan licin pejabat-pejabat sokongan di Pekan Tenom dan Sook telah ditubuhkan.

 

[ Keningau Administrative District Office ]
Pejabat JPS Daerah Keningau

Jumlah kakitangan adalah seramai 107 orang yang diketuai oleh seorang Jurutera Pengairan dan Saliran Kanan, Gred J2. Beliau dibantu oleh seorang Jurutera Pengairan dan Saliran, Gred J3 dan seorang Jurutera Mekanikal, Gred J3. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

  • Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Pengairan Utama termasuk skim-skim pengairan kecil yang diusahakan oleh petani-petani secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan hasil keluaran padi mereka. Skim-skim Pengairan yang terdapat di Daerah Pentadbiran JPS Keningau adalah seperti berikut:-

No. Nama Skim
Luas Kawasan (Ha)
Panjang Taliair(Km)
Panjang Parit (Km)
Panjang Jalan Ladang (Km)
1 Bingkor
1,200
36.65
0
22.88
2 Bingkor Lama
240
10.89
0
7.60
3 Apin-Apin
330
8.36
0
7.42
4 Transpegalan
498
1.29
0
0
5 Tulid
48
3.22
0
0
6 Biah
40
2.44
0
0
7 Nabawan
2
2.42
0
0.70
8 Penagatan
115
4.72
0
4.41
9 Bumboring
172
5.51
0
5.34
10 Pinipi
55
1.56
0
0
11 Alab Lanas
49
0.44
0
0
12 Lagud Sebrang
124
11.58
10.28
8.76
13 Kuala Tomani
111
4.47
0
0
14 Marais
20
1.11
0
0
15 Sook
Menunggu Pembekalan Pam Air
16 Sinua
-
-
-
-
  Jumlah
3,028
94.66
10.28
57.11
  • Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai seperti mengeluarkan sisa-sisa kayu-kayu yang menyekat aliran air sungai, mengorek serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Keningau memelihara sebanyak 139 batang sungai sepanjang 303 km setiap tahun.

Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort ] [ Keningau ] [ Kota Belud ] [ Kota Marudu ] [ Kudat ] [ Papar ]
[
Penampang ] [ Ranau ] [ Sandakan ] [ Tambunan ] [ Tawau ] [ Tuaran ]