[ Daerah Pentadbiran JPS Kudat ] Daerah Pentadbiran JPS Kudat
 


Pejabat JPS Daerah Kudat

Daerah Pentadbiran JPS Kudat terletak di sebelah Utara Negeri Sabah lebih kurang 200 km di Utara Kota Kinabalu. Pejabat JPS Kudat, yang dibina pada tahun 1971, terletak kira-kira 1 km dari Pekan Kudat. Kawasan pentadbiran JPS Kudat meliputi Daerah Kudat dan Daerah-daerah Kecil Matunggong dan Banggi yang mempunyai jumlah keluasan lebih kurang 1,287 km persegi.

Daerah Pentadbiran JPS Kudat mempunyai 21 kakitangan dan diketuai oleh seorang Pegawai Pengairan dan Saliran, Gred J4. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

  • Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Pengairan dan Saliran termasuk skim-skim pengairan dan saliran kecil yang diusahakan oleh petani-petani secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan hasil keluaran padi mereka. Skim-skim Pengairan dan Saliran yang terdapat di Daerah Kudat adalah seperti berikut:-







     

No. Nama Skim
Luas Kawasan (Ha)
Panjang Taliair (Km)
Panjang Parit (Km)
Panjang Jalan Ladang(Km)
1 Sikuati
60.00
2.80
0
0
2 Dampirit
40.50
1.70
0
0
3 Buanog
29.55
1.65
0
0
4 Rokom
29.15
0
2.08
0
5 Suangpai
20.24
0
2.11
0
6 Torongkongan
48.58
0
3.07
0
  Jumlah
228.02
6.15
7.96
0
  • Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang menyekat aluran air sungai, mengorek sungai serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Kudat memelihara sebanyak 100 batang sungai sepanjang 200 km setiap tahun.

Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort ] [ Keningau ] [ Kota Belud ] [ Kota Marudu ] [ Kudat ] [ Papar ]
[
Penampang ] [ Ranau ] [ Sandakan ] [ Tambunan ] [ Tawau ] [ Tuaran ]