[ Daerah Pentadbiran Penampang ] Daerah Pentadbiran JPS Penampang/Kota Kinabalu

Daerah Pentadbiran JPS Penampang/Kota Kinabalu meliputi kawasan seluas 815 kmē. Ia merangkumi Daerah Kota Kinabalu yang mempunyai keluasan 350 kmē dan Daerah Penampang seluas 465 kmē. Pejabatnya terletak di Bangunan Urusetia Pejabat Daerah Penampang di Pekan Dongongon kira-kira 7 km dari Bandar Kota Kinabalu.

Daerah Pentadbiran JPS Penampang/Kota Kinabalu diketuai oleh seorang Jurutera Pengairan dan Saliran Kanan, Gred J2. Jumlah kakitangan di daerah ini adalah seramai 42 orang. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

  • Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Pengairan termasuk skim-skim pengairan kecil yang diusahakan oleh petani-petani secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan hasil keluaran padi mereka. Skim-skim Pengairan yang terdapat di Daerah Penampang/Kota Kinabalu adalah seperti berikut:-
No. Nama Skim
Luas Kawasan (Ha)
Panjang Taliair (Km)
Panjang Parit (Km)
Panjang Jalan Ladang(Km)
1 Penampang
518
11.13
4.89
2.14
2 Ramaya
16
0.21
0
0
3 Maang
7
0.18
0
0
4 Tonduupis/Sugud
18
0.21
0
0
  Jumlah
559
11.73
4.89
2.14
    
    Pejabat JPS Daerah Penampang di
    Bangunan Urusetia Penampang
  • Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan adalah diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang menyekat aluran air sungai, mengorek sungai serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Penampang/Kota Kinabalu memelihara sebanyak 97 batang sungai sepanjang 218 km setiap tahun.

Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort ] [ Keningau ] [ Kota Belud ] [ Kota Marudu ] [ Kudat ] [ Papar ]
[
Penampang ] [ Ranau ] [ Sandakan ] [ Tambunan ] [ Tawau ] [ Tuaran ]