[ Daerah Pentadbiran Ranau ]
Daerah Pentadbiran JPS Ranau

Daerah Ranau meliputi kawasan seluas 2,978.49 kmē terletak di kawasan tengah Negeri Sabah. Di daerah inilah terletaknya Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pejabat JPS Ranau terletak di Pekan Ranau lebih kurang 70 km dari Kota Kinabalu.

Daerah ini diketuai oleh seorang Jurutera Pengairan dan Saliran, Gred J3. Jumlah kakitangan daerah ini adalah seramai 35 orang. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-

  • Merancang dan melaksanakan kerja- kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

  • Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Pengairan termasuk skim-skim pengairan kecil yang diusahakan oleh petani-petani secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan hasil keluaran padi mereka. Skim-skim Pengairan yang terdapat di Daerah Pentadbiran JPS Ranau adalah seperti berikut:-

No. Nama Skim
Luas Kawasan (Ha)
Panjang Taliair (Km)
Panjang Parit (Km)
Panjang Jalan Ladang(Km)
1 Kimolohing
153
7.98
2.07
0
2 Sinarut
170
7.11
2.15
0
3 Merungin
200
7.63
0
0
4 Nalapak
21
1.80
0
0
5 Tampios
60
3.11
0
0
6 Kinapulidan
57
2.82
0
2.86
7 Tibabar
65
1.69
0
1.18
8 Lobou Timbua
45
2.39
0
3.01
9 Bundu Tuhan / Kinasaraban
60
Jumlah Panjang Paip 7.53 km
  Jumlah
831
34.53
4.22
7.05

Skim Bundu Tuhan / Kinasaraban adalah merupakan skim pengairan untuk tanaman sayur-sayuran tanah tinggi manakala skim-skim yang lain adalah untuk penanaman padi sawah.

  •  

    
    Pejabat JPS Daerah  Ranau

    Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang menyekat aliran air sungai, mengorek sungai serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Ranau memelihara sebanyak 194 batang sungai sepanjang 303 km setiap tahun.

Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort ] [ Keningau ] [ Kota Belud ] [ Kota Marudu ] [ Kudat ] [ Papar ]
[
Penampang ] [ Ranau ] [ Sandakan ] [ Tambunan ] [ Tawau ] [ Tuaran ]