[ Daerah Pentadbiran Sandakan ]
Daerah Pentadbiran JPS Sandakan

Daerah Pentadbiran JPS Sandakan terletak di Pantai Timur Negeri Sabah dengan pejabatnya di Tingkat 3, Bangunan Urusetia, Jalan Labuk, Batu 7, Sandakan. Daerah Pentadbiran JPS Sandakan adalah merupakan daerah yang terbesar di Negeri Sabah. Ia meliputi tiga daerah iaitu Sandakan (2,266 kmē), Kinabatangan dan Tongod (17,594 kmē) dan Beluran (8,345 kmē) dengan jumlah keluasan 28,205 kmē.

Daerah Pentadbiran JPS Sandakan mempunyai 32 orang kakitangan. Ia diketuai oleh seorang Jurutera Pengairan dan Saliran, Gred J3.

Daerah Pentadbiran JPS Sandakan hanya mempunyai sebuah skim pengairan untuk penanaman padi iaitu Skim Pengairan Terusan Sapi yang terletak di Daerah Beluran dengan maklumat seperti berikut:-

No. Nama Skim
Luas Kawasan (Ha)
Panjang Taliair (Km)
Panjang Parit (Km)
Panjang Jalan Ladang(Km)
1 Trusan Sapi
1,822
23.00
24.19
18.00

Kebanyakan kawasan pertanian di sini diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan koko. Kerja-kerja pembangunan utama melibatkan kerja-kerja penyediaan skim-skim saliran untuk pertanian dan juga kerja-kerja tebatan banjir bandaran. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-

  • 
    Pejabat JPS Daerah Sandakan di Bangunan Urusetia

    Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

  • Mengendali dan menyelenggara skim-skim pengairan dan saliran.

  • Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang menyekat aliran air sungai, mengorek sungai serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Sandakan memelihara sebanyak 14 batang sungai sepanjang 31 km setiap tahun.

Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort ] [ Keningau ] [ Kota Belud ] [ Kota Marudu ] [ Kudat ] [ Papar ]
[
Penampang ] [ Ranau ] [ Sandakan ] [ Tambunan ] [ Tawau ] [ Tuaran ]