[ Daerah Pentadbiran Tawau ]
 
Daerah Pentadbiran JPS Tawau

Daerah Pentadbiran JPS Tawau terletak di Pantai Timur Negeri Sabah dengan pejabatnya di Bandar Tawau. Ia meliputi empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak dengan jumlah keluasan 14,387 kmē. Daerah Pentadbiran JPS Tawau adalah merupakan daerah yang kedua terbesar selepas Daerah Pentadbiran JPS Sandakan.

Daerah Pentadbiran JPS Tawau mempunyai 13 orang kakitangan. Ia diketuai oleh seorang Jurutera Pengairan dan Saliran, Gred J3.



 

[ Pejabat Daerah Pentadbiran JPS Tawau ]
Pejabat JPS Daerah Tawau

Daerah Pentadbiran JPS Tawau tidak mempunyai Skim Pengairan untuk penanaman padi. Kebanyakan kawasan pertanian di sini diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan koko. Kerja-kerja pembangunan utama melibatkan kerja-kerja penyediaan skim-skim saliran untuk pertanian dan juga kerja-kerja tebatan banjir bandaran. Kerja-kerja utama di daerah adalah:-

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja Jabatan di peringkat daerah selaras dengan dasar dan fungsi Jabatan.

  • Mengendali dan menyelenggara Skim-skim Saliran.

  • Mengendali dan menyelenggara sistem saliran utama bandar yang melibatkan parit-parit utama. Sementara itu parit-parit sekunder dan parit-parit perumahan diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan. Parit-parit tepi jalanraya pula diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya.

  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan sungai. Kerja-kerja pemeliharaan sungai merupakan fungsi tradisi JPS yang penting. Di antara kerja-kerja yang terlibat adalah membersih sungai iaitu mengeluarkan sisa-sisa seperti kayu-kayu yang menyekat aliran air sungai, mengorek sungai, pembaharuan sungai (termasuk kerja-kerja gabion) serta meluruskan sungai. Secara purata Daerah Pentadbiran JPS Tawau memelihara sebanyak 12 batang sungai sepanjang 30 km setiap tahun.

Layar ke Daerah Pentadbiran JPS yang lain:
[
Beaufort ] [ Keningau ] [ Kota Belud ] [ Kota Marudu ] [ Kudat ] [ Papar ]
[
Penampang ] [ Ranau ] [ Sandakan ] [ Tambunan ] [ Tawau ] [ Tuaran ]