Sabtu. 27 April 2024 - 11:41:03 AM
BERITA & PENGUMUMAN

 

~*~*~*~*~*~*

Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera Daerah Bil.1/2024 dan Bengkel Goal Setting 2024
JPS Sabah
14-17 Januari 2024
Kundasang, Ranau

~*~*~*~*~*~*~

Majlis Pecah Tanah Projek Kerja-Kerja Pertahanan Tebing

Sungai Tuaran di Pekan Tuaran

25 Januari 2024

Tuaran

 

~*~*~*~*~*~*~

 

arkib
MEDIA SOSIAL:
twitter facebook
QR Code Scan
Tarikh Kemaskini: 20 Mar 2024
Fungsi - Fungsi > Pengurusan Sumber Air
pdf file

 


Sungai Labuk di Kampung Porog

Pengurusan Sumber Air

Berikutan dengan Enakmen Sumber Air Sabah pada Ogos 1998, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk melantik Pengarah Pengairan dan Saliran untuk bertindak sebagai Pengarah Sumber Air untuk menguatkuasakan enakmen ini. Maka dengan itu, Pengurusan Sumber Air telah menjadi satu fungsi tambahan kepada Jabatan. 

Bahagian Pengurusan Sumber Air telah ditubuhkan pada Januari 1999. Bahagian ini diwujudkan berdasarkan syor dalam Pelan Induk Sumber Air Sabah yang telah diterimapakai secara rasmi oleh Kerajaan pada tahun 1995.  Perkembangan ini menyebabkan Bahagian Hidrologi diserapkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Air. 


Meteorological Station at Trusan Sapi

Stesen Meteorologi di Trusan
Sapi, Sandakan

Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Sumber Air adalah:-

Pengurusan Sumber Air
Untuk mengurus Sumber Air Negeri berlandaskan Pelan Induk Sumber Air Negeri serta menyelaras tindakan pentadbiran untuk pengurusan sumber air. 

Pembangunan Sumber Air 
Untuk mengenalpasti peluang untuk penggunaan air serta untuk menggalak dan memudahkan penggunaan air yang bermanfaat dan merancang pembangunan yang lebih teratur dalam penggunaan sumber air dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan konflik antara pengguna air. 

Kualiti Air dan Pengurusan Persekitaran 
Mengambil tindakan untuk melindungi kuantiti dan kualiti sumber air dan persekitaran akuatik. 

[ Rainfall Telemetrical Station at Ulu Pampang River ]

Stesen Hujan di Sungai
Ulu Pampang

Pengurusan Tadahan
Untuk membangun, melaksana dan memantau pelan-pelan tadahan dan pelan-pelan berkaitan pengurusan sumber air termasuk pengurusan pelan kawasan banjir, pelan pengurusan air atas bumi dan pelan pengurusan air bawa bumi. 

Pengurusan Kawasan Perlindungan Air
Untuk mengurus kawasan-kawasan perlindungan air untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti sumber air dan persekitaran akuatik.

Pengurusan Koridor Sungai
Untuk mewujudkan sungai dan pantai rizab bagi maksud melindungi jumlah atau aliran air di dalam badan-badan air dan mencegah kemerosotan kualiti sumber air dan kerosakan kepada persekitaran akuatik dalam badan-badan air.

[ Labau River - A Tributary of Kinabatangan River ]

Sungai Labau - Anak Sungai Kinabatangan

Pengurusan Aktiviti Air
Untuk mewujudkan dan mengekalkan pelesenan dan / atau sistem pendaftaran untuk aktiviti air.

Pengurusan Data
Untuk mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data sumber air dan menyediakan laporan mengenai ketersediaan, kuantiti dan keadaan sumber air

Maklumat Awam dan Pendidikan
Untuk menggalakkan nilai sumber air melalui program pendidikan dan maklumat.

Water Resources Management Guidelines and Policies
To develop guidelines and policies related to water resources management.

MSC Malaysia Sabah Government Mampu MY Government 1 Malaysia Jabatan Perdana Menter Pemandu myeg
Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian & Syarat Penggunaan
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768. Hakcipta Terpelihara © JPS 2011-2024
Disunting oleh Alpha Ray